remaja bercouple?? lumrah alam..manusia..mesti ada rasa ingin mencintai dan dicintai..kalau tak ada banyak..sikit pon mesti ada bukan?? pulak pulak dikalangan REMAJA...kalau dah belajar di sekolah, universiti, kolej...dah jauh dengan ibu ayah dan keluarga...laaggiii la..perangai macam kacang hantu masing masing...kehidupan yang jauh daripada keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan NAFSU...

kalau sekali dah terjebak ber couple..nak patah balik tu bukan senang..pulak pulak masa putus cinta..frust menonggeng beb...memang tertonggeng habis...lepas tu mula buat drama sebabak dua babak..menanges bagai nak rak...(eh! macam kutuk diri sendiri pulak) ..nak terjun dari bangunan KLCC...makan racun tikus...tikus pon gheti tak makan racun tu tahu?? ni pulak budak budak remaja yang PUTUS CINTA ni..nak makan racun tikus sebab putus cinta?? uihhhhhhh...NONSENSE! its so RIDICULOUS!

"alaaa...kitorang pegang tangan je pon...bukan BERZINA pon..."

uihh..cantiknya bahasa budak budak zaman sekarang ni ye..tah la..aku rasa aku JAHIL jugak dulu sebenarnya...bila dating...dah sah sah la SOLAT memang lingkup...zohor dan asar dah sah sah la tinggal...tengok wayang dah dua jam...main boling lagi dah nak dekat satu jam...karang pergi karaoke lagi...uihh..semua nya LAGHA...kalau yang perempuan yang mekap 5 inci tu...tu SOLAT tak tu??? yang lelaki pon ..sama dengan je tu..dah awek tak solat...balak pon mesti ikut jugak tu..sepatutnya lelaki sebagai pemimpin dan bakal membimbing perempuan tu...kau LELAKI..yang sepatutnya ajak awek kau buat benda baik baik..bukan lagi MENJAHANAMkan perempuan itu....but now..aku rasa..lelaki dan perempuan sama je la..naik HANTU jugak...tak payah la nak cakap banyak...sebab aku pon tak de la baik mana pon..tak ada la bagus mana ponn....

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."
-Surah Al-Israak,ayat 32

memang betul la orang cakap..setiap yang berlaku ada hikmahnya...semenjak aku frust..patah hati tu..aku tertanya tanya jugak apa HIKMAH nya?? fikir jugak.. "haihhh...siapa la nak kat aku nanti..." macam macam aku fikir...but tak boleh nak TERLAMPAU memikirkan jugak...boleh GILA dibuatnya...aku fikir jugak..." sampai bila aku nak sedih?? sampai bila??!" dan benda ni semua tak mendatangkan kebaikan pon kalau aku terus bersedih...


dan aku rasa..nak bangkit semula daripada kejatuhan tu..mesti bangkit daripada dalaman aku sendiri..tak ada sesiapa yang boleh tolong aku..melainkan diri aku sendiri...tidak kesah la banyak mana yang bagi semangat..yang suruh bersabar apa semua..kalau aku sendiri yang tak bertindak..aku akan jatuh juga..aku yakin jika aku nekad, Allah akan permudahkan jalan itu...

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)

dan pada pasangan pasangan yang tengah HANGAT bercinta sekarang ni...kau orang fikir la..apa yang kau dapat berpeluk sakan..berpimpin tangan..bercium di khalayak ramai dengan pasangan kau tu?? aku cakap ni bukan aku nak cemburu ke apa..but kalau kau orang berfikir sejenak pon..lelaki/perempuan tu bukan nya suami/isteri kau lagi pon..bukan muhrim kau...aku rasa yang datang blog aku ni..majoriti MELAYU..dah kata melayu..majoritinya ISLAM...adakah anda mempraktikkan kehidupan ISLAM itu dalam kehidupan seharian anda??? renung-renungkan wahai sahabatku sekalian....



anak anak kau cermin diri kau...kau marah tak kalau anak kau diraba or menjadi PERABA??

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."- Surah An-nisa,ayat 31

"Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan.... Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin.... Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang...."


p/s: aku rase buat masa skg nie x pyh la couple2!!JODOH,AJAL,MAUT semua nye di tangan ALLAH!!

p/s/s: yang baik boleh ikut..yang agak SAMPAH SARAP boleh abaikan..kalau ada yang tersalah aku mintak maaf dan boleh betulkan...sekian..TERIMA KASIH..

0 ape kata anda!!!:

 
 
Copyright © ~`Tentang Aku`~
i luv it by BloggerThemes Design by http://www.myspace.com/bujz