Kaum hawa sila baca..

Petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca :

1. Al-Fatihah 1 kali,
2. Ayatul Qursi 1 kali,
3. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

سُوۡرَةُ الواقِعَة
إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦)
عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨)
Maksudnya:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri (bidadari) mereka dengan ciptaan istimewa, (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan.


Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat 'Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Nota : - Surah Al-Waqi'ah ni memang indah dibaca. Cubalah baca dengan maknanya sekali, nescaya akan bertambah ketaqwaan kita kepada Allah.

3 ape kata anda!!!:

dian:) said...

ni utk kaum ibu laa! buatpe suro sy baca? haha sengal gila:)

M said...

wow,bgs btl.sgt peka dgn wanita eh kmo ni;)

ifa ahmad izhar said...

tu mak jeeee~!

 
 
Copyright © ~`Tentang Aku`~
i luv it by BloggerThemes Design by http://www.myspace.com/bujz